Friday, 29 July 2011

acara makan eskrem tutti fruti...whoahhh







salam...

lepas penat2 kt opis...bwk budak2 ni g mkn eskrem...alhamdulilah..rezki kt nia...so bwk la adib.yan.zamri.azri n ahnaf mkn eskrem tutti fruti...sori azri kanem x dpt bwk mkn baskin robin..the nearest baskin robin xdek kt area wangsa delima ok...sorii azrii...nx time kalu nia bg gaji tinggi lg kanem belanja kt baskin robin k...tp kene tlg kanem la..lps ni tinggal yan.ahnaf ngan zamri je la lps korg xdek..kanem bwk paah.kak zura pulak..hehehe...tp mmg bes la korg..sbb korg berjaya menghabeskan eskrem tuh...emmm...bes kan...kanem yg kurang mkn eskrem pn ttp mkn jugek even sejuk..tgk yan...kesian smpi m.c smlm sbb mkn tutti frutii...kesian ahnaf dpt pau eskrem azri jek..napa x +?ke kenyang sgt la tuh..emm...ye la..sempena azri last day kn..so lps ni azri xdek kte g mkn mende hebat lg...insyaALLAH..erkk kanem pn 1st time kot mkn tutti fruti ni...whoahhh..rs mcm mkn mende bes jek...naseb bek habes kalu x membazir je kn..pastu kanem x mo dh treat korg kalu x abes..hahahaha....nway njoy la korg...besss...




Wednesday, 27 July 2011

FAREWELL PARTY @NIA on 18th JULY 2011


Those pics were from the farewell party  @NIA..n also welkaming me @NIA…nway sgt berbeso hati la…NIA staff n those director sgt la sporting n  baik sgt…sgt cool n frenly….budak2 kt NIA pun..mmg bes…emm melantak byk gile sorg2..nway thanks kak nora sbb belanja pizza n kfc…desert eskrem..lps ni start la perjalanan kerja banyak khatijah hanim d NIA…harap2 khatijah hanim sgt sabo dan sgt komited ngan seme tugas dan projek yek..esp.projek2 hospital….insyaALLAH…sambil berdoa…mudah2an ALLAH permudahkan perjalanan sy d NIA….insyaALLAH…
.

wiken@ rumah kak lah, precint 5 putrajaya


dina nok cium sokmo dhya

zarif yg suke posing

wiken mmg dipenuhi ngan acara mkn2 ..mmg  meriah tidak  terkata…those menus were  nasi lauk ikang singgang..ikang goreng..sayur lemak  pucuk paku..ulam-ulaman..ayam masok meroh..telor  dadar n budu…mana  buleh  ketinggalan eh…thank u to  kak lah n kak cik  sbb masok ni…best sangat..makang nasi  pulok ramai2….lepak till petang  sambil  tunggu  baby adam   yg  tembamm tu  sampai  dan  dimulakan lagi  acara minum petang…bes la…suke la bak ngan mi..merioh anok cucu rama… balik tuh sempat tgk bola…mesia vs Singapore…baru je stat 1 minit gol doh se…mmg  geramm la tgk bola  …byk bola terlepas..erkk..mesia kaloh 5-3…tp mende2 pun kene sokong kuat team mesia …go mesia….

kesian sy kene ikat dlm ni...
aipp..zarif cium anok dare org

baby adam yg sgt beso...bru 4 bulan=7kg sama berat ngan dina=1thn ++ n dhya=8bulan

kak n, ramainya anok awok..kecik2 saje

main2 lagik

makan2 wiken @equine







Salam,

Since keje mmg xdek ms nk tulis blog..hahaha..keje byk sgt…spt  hari2 minggu je dpt buat aktiviti kekeluargaan mcm ini…hemm..g  tgk  bola  ms  mesia  vs  liverpool  kt al-azwath  Bandar  equine ..ptg  nisfu syaaban…org  g surau dgr ceramah…baca yasin 3 kali…makan..n makan  je keje kami…..mase ni seisi keluarga  demam teruk kot…..tapi makan   still laju….





Monday, 11 July 2011

welkam back to wangsa delima , seksyen 5, wangsa maju...

Salam..
11 julai 2011..Permulaan hari baru.saya telah terjaga awal tadi akan tetapi, seperti dahulu..tidur di rumah ini memang sedap.Seakan-akan payah untuk saya bangun.Mujur saya tersedar cepat.Jika tidak saya mungkin terlambat untuk hari pertama saya.Memulakan hari pertama saya setelah lama bercuti.Dikelilingi oleh orang ramai yang sibuk ingin pergi bekerja, saya rasa kurang selesa.Akan tetapi, kehidupan seperti ini telah saya lalui di waktu lepas..Jadi, untuk jangka masa yang panjang saya perlu menguatkan semangat untuk melalui hari-hari saya di sini..Ya ALLAH Kau permudahkanlah kehidupan hambaMU ini.Saya berfikir untuk tidak menghebahkan khabar berita saya kembali ke KL ini kepada rakan sekerja yang lama..Namun, meleset juga.Saya sampai di tempat baru sebelum jam 9.00pagi.Kalau dahulu , di pejabat lama, saya datang sesuka hati ke pejabat asalkan jarum jam belum menunjukkan angka 9.10pagi.Seronok bekerja di waktu yang fleksibel tanpa ada pengawasan akan tetapi perkara tersebut pasti mengajar kita untuk kurang berdisiplin.Saya menelefon rakan sekerja baru.Saya membuka pintu pejabat baru, namun kosong dan gelap.Macam ini ke suasananya?Sebelum itu saya sempat melihat gelagat kanak-kanak kecil memasuki premis tadika mereka.Genius Aulad, ternyata best juga tempat ini.Dikelilingi oleh cikgu-cikgu serta kanak-kanak yang mempunyai pelbagai telatah yang menghiburkan.Di pejabat baru sambil menunggu untuk berjumpa bos besar, saya memerhati gelagat-gelagat pekerja di situ serta suasana di pejabat tersebut.Ternyata memerlukan kekuatan fizikal dan mental.Pejabat ini besar serta mempunyai tenaga pekerja yang ramai.Walaupun mereka telah mengenali saya dan saya juga mengenali sebahagian daripada tenaga pekerja di sini, namun sebahagian daripada mereka bakal keluar dari pejabat ini dalam masa terdekat ini.Oleh yang demikian, mereka memerlukan tenaga pekerja yang baru.Saya juga terdengar , ramai juga para pekerja baru yang akan dinterview untuk kemasukan baru di sini.Semuanya IN HOUSE..seperti menubuhkan syarikat yang besar.Ada banyak division di sini.Ternyata bukan calang-calang orang yang menerajui firma ini.Lama saya berborak, afiq memberikan saya buku hijau..Private  Healthcare  Act untuk dibaca.Kedengaran suara-suara budak-budak itu mengusik sayakerana mereka menganggap saya telah menghafal semua agenda dan perkara dalam buku tersebut.Belum pernah saya sentuh buku tersebut walaupun di pejabat lama.Kerana saya membuat kerja berdasarkan pelan sahaja dan maklumat-maklumat daripada pembacaan serta doktor-doktor dan jururawat di hospital.Ternyata masih banyak lagi perkataan dan benda yang saya tidak tahu terkandung dalam buku tersebut.Saya belum khatam lagi.Mereka mengusik saya, kononnya saya ini seperti telah digembar-gemburkan untuk menyertai firma ini kerana tidak perlu diinterview..katanya saya telah diserap masuk berdasarkan kenyataan bos terdahulu.Saya juga masih belajar dan perlu banyak belajar dalam bidang ini.InsyaALLAH ada ilmu yang terlebih itu, saya pasti akan kongsi.Dalam hati saya ternyata lucu dan kelaka pun ada.kadang2 terbangga kerana ternyata nama NDPA memberi impak yang besar juga.Setelah itu saya dikehendaki berjumpa dengan orang kanan firma tersebut sambil berborak.Ternyata beliau juga terkejut, oh inilah orang yangdigembar-gemburkan seperti di dalam CV itu.Malu pun ada perasaan saya ketika itu.Saya masih belajar.Cuma di situ mereka ada menyatakan saya bakal diserap di bawah pengawasan bos besar bersama medical planner iaitu bekas bos-bos saya terdahulu iaitu Puan Nurehan dan Encik Hairil.Bila dengar bakal membuat working drawing..ternyata itu suatu cabaran baru buat saya.Dan ALHAMDULILAH saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana rezki ini telah memihak kepada saya.Cuma pernyataan gaji itu dalam proses perbincangan.Saya menerimanya dengan redha dan menganggap ini adalah rezekiNYA yang ternilai..Saya ingin berusaha bersungguh-sungguh memajukan diri dan mengutip seberapa banyak ilmu perubatan yang ada.Dan yang paling penting selepas itu saya dibenarkan pulang dan mula bekerja pada hari esok jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang kerana tempat duduk saya belum disediakan lagi..TERIMA KASIH NIA kerna menerima saya menjadi sebahagian warga mereka..ALHAMDULILAH..selepas itu saya ke NDPA dan berjumpa rakan sekerja terdahulu.Terkejut mereka melihat saya tiba-tiba muncul.Saya makan tengahari bersama kak intan sambil memerhati gelagat pekerja-pekerja CTIC ..hehehe…saya kembali kamu orang.Berjumpa lagi kita di sini.Saya ingat saya sudah tidak perlu berjumpa mereka lagi.How sweet was meeting those of them..Makcik Erma also shocked whenever she saw me..she said im so chubby.Of course la makcik..dekat rumah makan je la.tuh yang gemuk sikit..gembira terasa di hati seloroh makcik erma.macam makcik syabistan juga.bertanya,cuti kawen ke?oh tidaklah..kalau kahwin ada lah inai..seronok je nampak kamu balik kl kembali anem?ye ke…terjumpa hazim n palie..asked me keje kt mana..ndpa ke?hazim menjawab wah dh jdik warga NIA dh skang..hish mana ader..bising la.besar pulak impak NIA dr NDPA eh...azri n ijat was planning to meet me tonite..they tot that im just drop off  to kl n will go back to trg so soon.they will call jojo and we shud meetin tonite..if they know im here to work here…arghh..kesian korang..saya sengaja untuk tidak menghebahkannya..maafkan khatijah hanim ya wahai kawan-kawan NDPA..selamat kembali khatijah hanim ke wangsa maju seksyen 5…selamat kembali bekerja…

welkam back hanem

Salam…
Hai..entri ini ingin saya menulis dalam penulisan bahasa melayu tinggi..sebetulnya ayat ini..saya ingin menulis dengan menggunakan bahasa melayu tinggi..semoga ianya menjadi kenyataan sehingga ke perkataan terakhir untuk entri ini..semalam, 10 julai 2011..akhirnya sampai jua saya di kuala lumpur..hai kuala lumpur..saya telah kembali..dan di saat ini saya terpaksa mengubah mood saya yang bercuti panjang ke mood untuk kembali bekerja..sesungguhnya perasaan saya ketika itu tidak dapat digambarkan.betapa sedih mengenangkan kehidupan saya yang telah kembali ke kuala lumpur..sedih?kenapa?tetapi kerana rezeki yang bakal dikurniakan oleh ALLAH S.W.T. ini saya menerimanya dengan penuh redha dan semurni hati yang ikhlas.insyaALLAH..semoga ALLAH S.W.T sentiasa merahmati saya..amin.kawan-kawan saya dikampung sungguh terkilan dan terkejut kerana saya bakal eh telah kembali ke kuala lumpur untuk bekerja.mereka menyatakan perasaan sedih berbau kecewa taktala saya telah diterima untuk menyambung khidmat  tenaga empat kerat saya di kuala lumpur.mereka sedih kerana selepas ini tiada lagi kawan mereka yang telah banyak menyumbangkan idea dan tenaga demi menaikkan persatuan sekolah lama kami.Kemeriahan kurang terasa kerana tenaga kuat mereka iaitu  telah kembali bekerja.Sabar kawan-kawan..semoga kita bakal ketemu lagi dan bakal mengadakan aktiiti-aktivit yang tersangat meriah jika saya pulang bercuti nanti.Selepas 6 jam perjalanan, alhamdulilah,akhirnya sampai jua saya di Kuala Lumpur.Saya berehat sambil menunggu giliran tren tiba.Sementelah melihat gelagat-gelagat penumpang bas yang baru sahaja turun daripada bas.Jam 615 pagi, saya menuju ke tren untuk pulang ke rumah sewa di Gombak.Perasaan ketika itu..wah,…saya tidak menyangka akan menjejaki kaki lagi ke sini.Dari jauh saya melihat kelainan di blok rumah.Oh rupanya wajah luar bangunan rumah pangsa 4 tingkat ini telah bertukar ceria dengan dicat baru dan kelihatan nombor blok E6 sungguh besar dan telah dipasang megah.Sebelum naik ke rumah, saya telah disapa oleh makcik bawah.Fikir saya, moga-moga dia tidak bertanya banyak.Ternyata tekaan saya meleset kerana salah seorang makcik itu telah menegur dari mana kamu..Tanpa berfikir panjang saya terus menjawab.’Baru pulang bercuti dari kampung makcik” sambil tersenyum saya terus memanjat tangga untuk ke rumah.Setelah membuka pintu rumah, disambut  dengan suara siti dan jijah..selamat kembali ke rumah…mood pagi..mana ada orang akan ceria-ceria.Kebetulan di hari minggu..Saya pun menyertai mereka dengan berehat dan tertidur kerana keletihan.Panjang tidur saya hari ini.Sampai ke petang.Penat agaknya dalam perjalanan.Talian telefon pula buat hal.Mujur saya tidak bosan kerana dapat berfacebook dan berinteraksi dengan kawan-kawan lagi di kampung sehingga saya terlupa waktu makan.Lebih baik saya berpuasa hari ini kerana saya hanya dapat makan pada sebelah maghrib.Kelihatan seperti orang sedang berbuka puasa.Penat belum hilang,kepala pula pening.Ini semua akibat daripada tidak makan dan letih agaknya.Usai mandi semua hilang.Sambil menunggu Nana pulang dari kampung.Banyak pula buah-buahan dia bawa.Pasti kawan serumah yang lain gembira melihat begitu banyak buah-buahan tersebut.Setelah itu, saya melepak sambil berborak dan bertukar-tukar cerita dengan si Nana.Si Siti sudah tidur beberapa jam yang lepas kerana kekenyangan.Si Jijah pula berehat dalam bilik selepas penat pergi kenduri.Si Kidda pula berehat di dalam bilik selepas pulang dari bekerja.Oh saya ternyata terkejut mendengar khabar berita dari Cik Puan Juliyta Siti Aisyah yang telah pulang ke kampung kerana ayahnya sakit.Kasihan dia.Patutla dia mendiamkan diri di laman sosial Facebook.Rupanya dia di kampung.Saya memang tidak memberitahunya tentang saya ke Kuala Lumpur.Saya ingin membuat mereka terkejut.Saya malas menghebohkan perkhabaran tersebut.Dan yang paling penting berita ini akan dikhabarkan kepada orang yang penting juga hari esok..Saya telah penat.Esok, saya perlu ke tempat kerja yang baru.Jadi saya memerlukan tenaga yang baru untuk memulakan sesuatu yang baru.,Semoga ALLAH S.W.T memberkati hari baru saya esok.AMIN

Friday, 8 July 2011

LAST GATHERIN BEFORE IM BACK TO KL..LAST MOMEN AFTER A MONTH HOLIDAYS…





Salam..
We had decided to gather b4 im goin back to kl tmrw..this is my last gatherin with my schoolmates..so sad lah wanna leave em..those words frm em was made me so hard to leave em..lps ni anem tadok dok gerok mana la kite sbb bos tadok..ak ade tijoh je ak on gini..ahaha..kelako lah awok2 mu ni..mcm la kaluak tadok dok jadik seme acara2 lepak2 ptg2 hr ni like this eh..cume hr ni lebih meriah sbb disertai oleh syahida membawa ammar..si comel yg keletah dan teruja tgk makcik dan pakcik die yg sgt2 la energetic + mulut banyok seme..which planet are they comes eh ibu?he might thinkin off those aunties n uncles..hahaha…








hr ni unluckly..tadok air nyior plok doss..bolok wok..tuh yg mek nor maroh sgt sbb aning nok2 mari keda ni sokmooo..ni keda faveret ak lah…nway tq la mek nor sbb sanggup angkut g mana2 neh…berbakti tuh penting..dgn ikhlas..jgn tohok ngata je..sedih gok na dok leh join..sebulan aku balik..dok jupe pun na lagi…owoh…nolee pun..pengantin baru hok basi…sibuk benor..selain diikuti oleh ijue..hahhaa..mmg meriah suasana perjumpaan kami hr ni..less photos..less laughin..those 4 last momen…as usual citebergosippjg la..cume kali ni lebih meriah la sbb ramai sikit n ade ammar…ammar si cute rs nk kenyek2 je bak kata rozi.






.kalu lah lepas ni we all leh gather ramai2 lg rsnya tersgtla meriah..x sabar tgu saat hr raya itu…mmg perlu pun we all created school group..mmg ni je la harapan dan kebangaan sy dlm membuat persatuan slps sekolah…mmg kami terbaik..puji diri masing2..tahniah2…sbb kekal aktif..jd bg sesiapa yg x dpt berpeluang utk join tu..jgn terasa ati atau tertelan air liur je tgk kegembiraan kami di petang hr wiken..alwiz like this n must b aktiviti wajib la..cume lps ni sedikit berubah sbb admin xdek la..kah3..koya admin…boleh lg buat…emm nk blk tuh jumpe duwangbidi yg sesat sapa pantai pengkalan maras…sek megang mmg rama org kenal..hahahha…nway thanks to mek nor..rozi..cdah(sekali lg bidan terjun terbaik dkt kedai=selamat pengantin baru utk minggu depan),syahida,salam n ijue sbb memeriahkan petang wiken kite…pujian harus iberikan dan dibanggakan sbb menghidupkan suasana…sek kite mmgterbaek sokmo…ye dosss..kepok sapa 6 riyal..ikan goreng..air berapa gelas sorg sbb perit rs dok ckp pah cerooohhh…
berbaloi la balik garib pung…hahhahaha