Monday, 11 July 2011

welkam back hanem

Salam…
Hai..entri ini ingin saya menulis dalam penulisan bahasa melayu tinggi..sebetulnya ayat ini..saya ingin menulis dengan menggunakan bahasa melayu tinggi..semoga ianya menjadi kenyataan sehingga ke perkataan terakhir untuk entri ini..semalam, 10 julai 2011..akhirnya sampai jua saya di kuala lumpur..hai kuala lumpur..saya telah kembali..dan di saat ini saya terpaksa mengubah mood saya yang bercuti panjang ke mood untuk kembali bekerja..sesungguhnya perasaan saya ketika itu tidak dapat digambarkan.betapa sedih mengenangkan kehidupan saya yang telah kembali ke kuala lumpur..sedih?kenapa?tetapi kerana rezeki yang bakal dikurniakan oleh ALLAH S.W.T. ini saya menerimanya dengan penuh redha dan semurni hati yang ikhlas.insyaALLAH..semoga ALLAH S.W.T sentiasa merahmati saya..amin.kawan-kawan saya dikampung sungguh terkilan dan terkejut kerana saya bakal eh telah kembali ke kuala lumpur untuk bekerja.mereka menyatakan perasaan sedih berbau kecewa taktala saya telah diterima untuk menyambung khidmat  tenaga empat kerat saya di kuala lumpur.mereka sedih kerana selepas ini tiada lagi kawan mereka yang telah banyak menyumbangkan idea dan tenaga demi menaikkan persatuan sekolah lama kami.Kemeriahan kurang terasa kerana tenaga kuat mereka iaitu  telah kembali bekerja.Sabar kawan-kawan..semoga kita bakal ketemu lagi dan bakal mengadakan aktiiti-aktivit yang tersangat meriah jika saya pulang bercuti nanti.Selepas 6 jam perjalanan, alhamdulilah,akhirnya sampai jua saya di Kuala Lumpur.Saya berehat sambil menunggu giliran tren tiba.Sementelah melihat gelagat-gelagat penumpang bas yang baru sahaja turun daripada bas.Jam 615 pagi, saya menuju ke tren untuk pulang ke rumah sewa di Gombak.Perasaan ketika itu..wah,…saya tidak menyangka akan menjejaki kaki lagi ke sini.Dari jauh saya melihat kelainan di blok rumah.Oh rupanya wajah luar bangunan rumah pangsa 4 tingkat ini telah bertukar ceria dengan dicat baru dan kelihatan nombor blok E6 sungguh besar dan telah dipasang megah.Sebelum naik ke rumah, saya telah disapa oleh makcik bawah.Fikir saya, moga-moga dia tidak bertanya banyak.Ternyata tekaan saya meleset kerana salah seorang makcik itu telah menegur dari mana kamu..Tanpa berfikir panjang saya terus menjawab.’Baru pulang bercuti dari kampung makcik” sambil tersenyum saya terus memanjat tangga untuk ke rumah.Setelah membuka pintu rumah, disambut  dengan suara siti dan jijah..selamat kembali ke rumah…mood pagi..mana ada orang akan ceria-ceria.Kebetulan di hari minggu..Saya pun menyertai mereka dengan berehat dan tertidur kerana keletihan.Panjang tidur saya hari ini.Sampai ke petang.Penat agaknya dalam perjalanan.Talian telefon pula buat hal.Mujur saya tidak bosan kerana dapat berfacebook dan berinteraksi dengan kawan-kawan lagi di kampung sehingga saya terlupa waktu makan.Lebih baik saya berpuasa hari ini kerana saya hanya dapat makan pada sebelah maghrib.Kelihatan seperti orang sedang berbuka puasa.Penat belum hilang,kepala pula pening.Ini semua akibat daripada tidak makan dan letih agaknya.Usai mandi semua hilang.Sambil menunggu Nana pulang dari kampung.Banyak pula buah-buahan dia bawa.Pasti kawan serumah yang lain gembira melihat begitu banyak buah-buahan tersebut.Setelah itu, saya melepak sambil berborak dan bertukar-tukar cerita dengan si Nana.Si Siti sudah tidur beberapa jam yang lepas kerana kekenyangan.Si Jijah pula berehat dalam bilik selepas penat pergi kenduri.Si Kidda pula berehat di dalam bilik selepas pulang dari bekerja.Oh saya ternyata terkejut mendengar khabar berita dari Cik Puan Juliyta Siti Aisyah yang telah pulang ke kampung kerana ayahnya sakit.Kasihan dia.Patutla dia mendiamkan diri di laman sosial Facebook.Rupanya dia di kampung.Saya memang tidak memberitahunya tentang saya ke Kuala Lumpur.Saya ingin membuat mereka terkejut.Saya malas menghebohkan perkhabaran tersebut.Dan yang paling penting berita ini akan dikhabarkan kepada orang yang penting juga hari esok..Saya telah penat.Esok, saya perlu ke tempat kerja yang baru.Jadi saya memerlukan tenaga yang baru untuk memulakan sesuatu yang baru.,Semoga ALLAH S.W.T memberkati hari baru saya esok.AMIN

No comments:

Post a Comment