Monday, 11 July 2011

welkam back to wangsa delima , seksyen 5, wangsa maju...

Salam..
11 julai 2011..Permulaan hari baru.saya telah terjaga awal tadi akan tetapi, seperti dahulu..tidur di rumah ini memang sedap.Seakan-akan payah untuk saya bangun.Mujur saya tersedar cepat.Jika tidak saya mungkin terlambat untuk hari pertama saya.Memulakan hari pertama saya setelah lama bercuti.Dikelilingi oleh orang ramai yang sibuk ingin pergi bekerja, saya rasa kurang selesa.Akan tetapi, kehidupan seperti ini telah saya lalui di waktu lepas..Jadi, untuk jangka masa yang panjang saya perlu menguatkan semangat untuk melalui hari-hari saya di sini..Ya ALLAH Kau permudahkanlah kehidupan hambaMU ini.Saya berfikir untuk tidak menghebahkan khabar berita saya kembali ke KL ini kepada rakan sekerja yang lama..Namun, meleset juga.Saya sampai di tempat baru sebelum jam 9.00pagi.Kalau dahulu , di pejabat lama, saya datang sesuka hati ke pejabat asalkan jarum jam belum menunjukkan angka 9.10pagi.Seronok bekerja di waktu yang fleksibel tanpa ada pengawasan akan tetapi perkara tersebut pasti mengajar kita untuk kurang berdisiplin.Saya menelefon rakan sekerja baru.Saya membuka pintu pejabat baru, namun kosong dan gelap.Macam ini ke suasananya?Sebelum itu saya sempat melihat gelagat kanak-kanak kecil memasuki premis tadika mereka.Genius Aulad, ternyata best juga tempat ini.Dikelilingi oleh cikgu-cikgu serta kanak-kanak yang mempunyai pelbagai telatah yang menghiburkan.Di pejabat baru sambil menunggu untuk berjumpa bos besar, saya memerhati gelagat-gelagat pekerja di situ serta suasana di pejabat tersebut.Ternyata memerlukan kekuatan fizikal dan mental.Pejabat ini besar serta mempunyai tenaga pekerja yang ramai.Walaupun mereka telah mengenali saya dan saya juga mengenali sebahagian daripada tenaga pekerja di sini, namun sebahagian daripada mereka bakal keluar dari pejabat ini dalam masa terdekat ini.Oleh yang demikian, mereka memerlukan tenaga pekerja yang baru.Saya juga terdengar , ramai juga para pekerja baru yang akan dinterview untuk kemasukan baru di sini.Semuanya IN HOUSE..seperti menubuhkan syarikat yang besar.Ada banyak division di sini.Ternyata bukan calang-calang orang yang menerajui firma ini.Lama saya berborak, afiq memberikan saya buku hijau..Private  Healthcare  Act untuk dibaca.Kedengaran suara-suara budak-budak itu mengusik sayakerana mereka menganggap saya telah menghafal semua agenda dan perkara dalam buku tersebut.Belum pernah saya sentuh buku tersebut walaupun di pejabat lama.Kerana saya membuat kerja berdasarkan pelan sahaja dan maklumat-maklumat daripada pembacaan serta doktor-doktor dan jururawat di hospital.Ternyata masih banyak lagi perkataan dan benda yang saya tidak tahu terkandung dalam buku tersebut.Saya belum khatam lagi.Mereka mengusik saya, kononnya saya ini seperti telah digembar-gemburkan untuk menyertai firma ini kerana tidak perlu diinterview..katanya saya telah diserap masuk berdasarkan kenyataan bos terdahulu.Saya juga masih belajar dan perlu banyak belajar dalam bidang ini.InsyaALLAH ada ilmu yang terlebih itu, saya pasti akan kongsi.Dalam hati saya ternyata lucu dan kelaka pun ada.kadang2 terbangga kerana ternyata nama NDPA memberi impak yang besar juga.Setelah itu saya dikehendaki berjumpa dengan orang kanan firma tersebut sambil berborak.Ternyata beliau juga terkejut, oh inilah orang yangdigembar-gemburkan seperti di dalam CV itu.Malu pun ada perasaan saya ketika itu.Saya masih belajar.Cuma di situ mereka ada menyatakan saya bakal diserap di bawah pengawasan bos besar bersama medical planner iaitu bekas bos-bos saya terdahulu iaitu Puan Nurehan dan Encik Hairil.Bila dengar bakal membuat working drawing..ternyata itu suatu cabaran baru buat saya.Dan ALHAMDULILAH saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana rezki ini telah memihak kepada saya.Cuma pernyataan gaji itu dalam proses perbincangan.Saya menerimanya dengan redha dan menganggap ini adalah rezekiNYA yang ternilai..Saya ingin berusaha bersungguh-sungguh memajukan diri dan mengutip seberapa banyak ilmu perubatan yang ada.Dan yang paling penting selepas itu saya dibenarkan pulang dan mula bekerja pada hari esok jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang kerana tempat duduk saya belum disediakan lagi..TERIMA KASIH NIA kerna menerima saya menjadi sebahagian warga mereka..ALHAMDULILAH..selepas itu saya ke NDPA dan berjumpa rakan sekerja terdahulu.Terkejut mereka melihat saya tiba-tiba muncul.Saya makan tengahari bersama kak intan sambil memerhati gelagat pekerja-pekerja CTIC ..hehehe…saya kembali kamu orang.Berjumpa lagi kita di sini.Saya ingat saya sudah tidak perlu berjumpa mereka lagi.How sweet was meeting those of them..Makcik Erma also shocked whenever she saw me..she said im so chubby.Of course la makcik..dekat rumah makan je la.tuh yang gemuk sikit..gembira terasa di hati seloroh makcik erma.macam makcik syabistan juga.bertanya,cuti kawen ke?oh tidaklah..kalau kahwin ada lah inai..seronok je nampak kamu balik kl kembali anem?ye ke…terjumpa hazim n palie..asked me keje kt mana..ndpa ke?hazim menjawab wah dh jdik warga NIA dh skang..hish mana ader..bising la.besar pulak impak NIA dr NDPA eh...azri n ijat was planning to meet me tonite..they tot that im just drop off  to kl n will go back to trg so soon.they will call jojo and we shud meetin tonite..if they know im here to work here…arghh..kesian korang..saya sengaja untuk tidak menghebahkannya..maafkan khatijah hanim ya wahai kawan-kawan NDPA..selamat kembali khatijah hanim ke wangsa maju seksyen 5…selamat kembali bekerja…

No comments:

Post a Comment