Thursday, 26 January 2012

surah-surah penawar utk penyakit

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW).

Syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan taufik dan hidayahnya saya berkemampuan untuk menyiapkan website ini. Saya berharap amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran (Quranic Medicine), iaitu perubatan yang saya namakan Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini dapat diperkembangkan dan dipraktikkan di kalangan umat Islam.

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.

PENGASAS- Pengasas perubatan ini adalah Saidina Abu Bakar (ra). Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penawar ini sangat mashyur semasa di zaman kegemilangan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad (SAW). Tetapi setelah sekian lama, ramai umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mujizat Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. Saya sangat berharap agar kita dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti semasa zaman permulaan Islam dahulu.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu saya mengubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.

CARA PERUBATAN- Perubatan Shifa' Al-Hidayah ini tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan.

Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:

1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)

Selain dari 3 amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral dan madu asli. Madu asli adalah digunakan untuk mengubati penyakit yang ada kaitan dengan paru-paru (seperti sakit lelah), perut (sakit ulcer, gastric, dll), usus, sakit sendi, lemah tenaga batin dan pasangan yang sukar mendapat anak. Setiap pesakit dinasihatkan berwuduk sebelum perubatan dan kaum muslimat dikehendaki menutup aurat dengan memakai pakaian solat (telekong) semasa perubatan.

Kadang-kadang saya perlu menyentuh pesakit ketika berubat dan tempat yang selalu disentuh adalah di tulang belakang (spinal cord) atau di kepala pesakit. Sebab itu kaum muslimat di mestikan memakai pakaian solat ketika berubat. Untuk kaum muslimat selalu sentuhan dilakukan secara batin and bukan melalui fizikal. Untuk kaum lelaki, kadang kala perlu diurut untuk penyakit yang melibatkan urat saraf, otot-otot dan sakit lemah tenaga batin.

DIAGNOSIS DAN SCANNING UNUK KENAL PASTI PENYAKIT- Mengikut prosedur perubatan yang saya amalkan, pesakit perlu berjumpa dengan saya dahulu, dan saya akan menbuat diagnosis (kenal pasti) penyakit yang dialami oleh pesakit. Diagnosis (kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah “scanning”. Keupayaan “scanning” ini adalah suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT). Berdasarkan penyakit yang dikenal pasti, dengan izin dan hidayah Allah (SWT), saya akan memberitahu pesakit itu samada sakit yang dialami itu adalah -

1. sakit jasmani / fizikal (sakit badan atau physical illness - sakit jantong, cancer, darah tinggi, kencing manis, dll. ) atau

2. sakit rohani (spiritual illness - sihir, saka, gangguan jin, santau. dll.) atau

3. sakit akhlak (behavioural or attitude problem - mencuri, melawan ibu bapa, menipu dan suka cakap bohong, ketagih dadah, zina, etc).

Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, ini kemudian disusuli dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran yang tertentu untuk sakit yang dialami. Bacaan ayat-ayat Al-Quran ini perlu disertakan dengan doa kepada Allah (SWT) dan memohon kepadaNya agar disembuhkan penyakit itu.

AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit saya yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

Saya percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman saya mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.

PEMBEDAHAN CARA BATIN– Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”.

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

GANGGUAN SAKA- Gangguan saka adalah gangguan jin atau benda-benda halus yang datang daripada keturunan keluarga. Ramai pesakit-pesakit yang mengalami gangguan saka tidak mengetahui ada nya jin dalam badan mereka yang mereka miliki melalui keturunan keluarga.

Sekiranya ada ahli keluarga terdahulu seperti ayah atau emak, nenek atau datok yang menuntut ilmu-ilmu silat atau ilmu-ilmu batin yang berasaskan jin, bila mereka meninggal dunia dan mereka tidak sempat membuang ilmu-ilmu tersebut atau memerdekakan jin-jin mereka, besar kemungkinan jin jin ini akan mendampingi waris-waris dalam keluarga tersebut. Bukan semua dalam keluarga itu akan didampingi oleh jin-jin saka ini. Selalunya anak anak lelaki dalam keluarga atau anak perempuan yang lemah semangat.

Ramai pesakit yang membawa ke klinik saya bayi-bayi yang baru lahir yang menangis dan meragam, dan selalunya bayi-bayi ini diganggu oleh jin-jin saka dari keturunan mak dan ayah bayi tersebut. Selepas saya mengeluarkan jin-jin saka dari dalam bayi-bayi ini, selalunya mereka akan pulih dan akan kembali normal.

Ada beberapa kes anak-anak yang tidak mahu pergi sekolah tanpa sebab yang munasabah. Mereka memang tidak mahu dan takut untuk ke sekolah. Dalam kes macam ini selalu anak-anak ini ada jin-jin saka dalam badan mereka dan jin-jin saka ini mempengaruhi minda dan hati anak-anak ini supaya tidak mahu ke sekolah. Mengapa mereka mempengaruhi anak ini ialah kerana di sekolah anak ini ada terdapat benda-benda halus di mana jin-jin dalam badan anak ini mungkin tidak selasa atau takut untuk memasuki ke kawasan sekolah. Mungkin perkara yang saya nyatakan ini tidak masuk akal tapi ia kerap kali berlaku. Setelah saya mengeluarkan jin-jin saka dari anak anak ini, mereka tidak ada masalah untuk ke sekolah selepas itu.

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll.

GANGUAN SIHIR– Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

Santau adalah sejenis sihir yang sangat popular dalam masyarakat Melayu, India dan Cina. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. Terkini yang saya dapati ialah santau yang diperbuat dari bangkai binatang dan tuala wanita yang telah dipakai. Perubatan mengeluarkan racun santau ini dilakukan melalui batin dan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu.

Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan sesaorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan pasangan suami isteri untuk mengawini suami atau isteri pasangan tersebut.

MEMBUAT KAJIAN- Saya memang berharap agar ada pelajar-pelajar atau tenaga pengajar pusat pengajian tinggi dapat membuat research tentang Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini sebab banyak lagi rahsia-rahsia di dalam Al-Quran yang saya sendiri belum dapat mendalami dan memahaminya. Hakikatnya, ramai kalangan umat Islam yang sakit telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran (dengan keizinan Allah SWT), ini adalah bukti bahawa Al-Quran adalah penawar kepada segala penyakit kepada orang yang yakin dengannya dan dengan keizinan Allah SWT.

KEYAKINAN DAN USAHA SERTA DOA- Saya telah mempraktikkan Perubatan Syifa' Al-Hidayah atau (Koranic Medicine)ini sudah lebih daripada 10 tahun. Hakikatnya, dengan keizinan Allah (SWT) ramai kalangan pesakit yang telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan. Pokoknya, kita perlu yakin sepenuhnya dengan mukjizat ayat-ayat Al-Quran ini dan berusaha membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa kepada Allah (SWT) untuk sembuh dari penyakit yang dihadapi.

INTERNET WEBSITE- Saya berharap melalui website ini, ilmu Allah (SWT) ini dapat di perkembangkan. Al-Quran ini adalah dari Allah (SWT) dan perubatan ini adalah dari Allah (SWT), jadi tidak ada rahsia didalam perubatan ini. Tujuan saya mengadakan website ini adalah untuk berkongsi bersama pengetahuan perubatan ini dan seterusnya untuk menyebarkan perubatan ini kepada sesiapa yang yakin akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Kebanyakkan ayat-ayat yang digunakan untuk perubatan ada di dalam website ini. Dengan adanya website ini, ia juga dapat membantu orang ramai atau pesakit-pesakit yang kurang fasih membaca ayat-ayat Al-Quran. Dalam website ini, setiap ayat yang dipamirkan terdapat kemudahan “audio” untuk pesakit-pesakit mendengar dan menyemak semula bacaaan Al-Quran yang diamalkan. Selain dari itu, setiap ayat disertakan dengan terjemahannya supaya mudah orang ramai dan pesakit-pesakit memahami maksud ayat-ayat tersebut.

PEMBINAAN PUSAT ANAK YATIM, SURAU & PUSAT RAWATAN- Saya bersyukur kepada Allah (SWT) kerana dengan keizinan dan rahmat nya, Klinik atau Pusat Perubatan saya di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak, telah siap dibina dan beroperasi sejak 18 September 2006 yang lalu. Ini adalah rahmat dan pemberian Allah (SWT) kepada saya dan juga kepada semua pesakit pesakit yang telah bersama-sama berdoa untuk mendirikan dan merealisasikan impian saya untuk mendirikan Klinik Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah. Dengan adanya Pusat Perubatan ini, agar dapat memberi kemudahan perubatan yang lebih selesa dan lengkap kepada semua pesakit-pesakit. Terima kasih Ya Allah Ya Tuhan atas pemberian Mu ini.

Ingin saya memberitahu bahawa Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 00163401-P pada 28 Ogos 2006.

Setelah terdirinya Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah di Sg. Pusu ini, fokus saya sekarang ialah membina asrama anak-anak yatim, rumah warga emas dan kanser klinik di Kampong Ceringgin, di Janda Baik, Bentung, Pahang. Tanah seluas 4 ekar di Janda Baik ini dimana 2 ekar yang dibeli hasil kutipan dermawan sebanyak RM230,000 dari pesakit-pesakit dan orang ramai and 2 ekar lagi diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Pembinaan asrama anak yatim, rumah warga emas dan kanser klinik ini akan memerlukan banyak bantuan dari segi tenaga, idea dan dermawan. Sesiapa yang ingin menyumbang dermawan atau sumbangan tenaga, bolehlah datang berjumpa saya untuk membincang sumbangan yang sedia diberi. Anggaplah ini sebagai projek istimewa untuk Allah dan kebaikan anak-anak yatim dan kaum warga emas.

Di samping itu, saya dan jiran-jiran saya di Villa Bestari, dengan keizinan Allah SWT telah membina sebuah surau di kawasan kediaman kami Villa Bestari, Gombak. Kos pembinaan surau ini adalah sebanyak RM400,000. Surau ini siap dibina pada bulan January 2010. Ia terletak di kawasan Villa Bestari dan tanah tapak pembinaan yang luasnya 10,000 kaki pesegi telah di sediakan oleh pemaju kawasan ini. Untuk pembinaan surau ini, kami telah dapat mengumpulkan dana sebanyak RM360,000 dari kutipan derma dari pesakit-pesakit yang datang ke klinik saya dan kutipan dari orang ramai.

Selain dari ini, wang derma ini juga disalurkan kepada 30 orang anak-anak yatim setiap bulan sebagai wang saku bulanan dan pembelanjaan persekolahan mereka. Sekiranya ada hamba-hamba Allah atau mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada pembinaan pusat anak yatim atau menderma kapada anak-anak yatim yang tersebut diatas, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional, Al-Wadiah nombor akaun : 1010041000017318.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memberi kerjasama, idea, masa dan tenaga untuk bersama-sama membina website ini terutama Encik Shahrul Mohd Saleh dan Encik Nik Nashron bin Abdul Aziz. Mereka telah banyak meluangkan masa dalam pembinaan website dan saya amat menghargai kesabaran dan ketekunan anda semua. Syukur ke hadrat Allah kerana memberi keupayaan dan keyakinan diri kita bersama, membolehkan website ini sempurna dilaksanakan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro Oasis yang telah sudi untuk menjemput saya melibatkan diri di dalam Program Dokumentari - SYIFA (PENAWAR) di Siaran Astro Oasis, Channel 106. Program ini menayangkan dokumentari berkenaan Perubatan Syifa' Al-Hidayah. Rancangan 13 episod ini bermula pada 26 December 2009 dan berakhir pada 20 March 2010.

Program Dokumentari - SYIFA (PENAWAR)ini fokus untuk penyakit-penyakit seperti kanser, jantung berlubang, sakit urat saraf, masalah kesuburan, sakit buah pinggang, sakit tulang belakang, sakit angin ahmar atau stroke dan lain-lain penyakit fizikal. Program ini menunjukan kaedah rawatan perubatan islam dan temubual pesakit-pesakit yang telah sembuh melalui cara perubatan Syifa' Al-Hidayah.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat karib saya yang telah bersama-sama menyebarkan Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini dan membantu secara sukarela didalam mencurahkan tenaga dan masa setiap kali saya melakukan rawatan di luar kawasan Kuala Lumpur seperti di Kuala Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Satu kali dalam sebulan atau dua bulan, saya dan adik angkat saya Ashraf Muslim akan pergi ke tempat-tempat ini untuk melakukan rawatan.

Dengan adanya cawangan-cawangan ini di seluruh Malaysia, dari Utara Semenanjung hingga ke Sandakan, Sabah, ia memberi kemudahan kapada pesakit di luar kawasan Lembah Klang untuk mendapat rawatan Syifa' Al-Hidayah. Setiap kali saya dan Ashraf Muslim mengunjung ketempat cawangan-cawangan ini, seramai 200 hingga 400 pesakit akan kami temui dan merawat. Syukur Alhamdulilah pada Allah SWT, ramai orang Malaysia telah memilih cara berubat melalui AL-Quran dan saya harap ramai lagi tempat-tempat yang dapat kami menubuhkan cawangan-cawangan Perubatan Syifa' Al-Hidayah.

Saya akui tahun lalu 2010 adalah tahun yang penuh cabaran bagi saya dan adik angkat saya Ashraf Muslim setelah Program Dokumentari Syifa' Al-Hidayah ditayangkan di Astro Oasis. Saya sungguh terharu diatas sambutan yang diberi oleh orang ramai dari seluruh Malaysia termasuk dari Brunei dan Singapura.

Saya bersyukur kepada Allah (SAW) yang telah memberi kami kekuatan dan kesabaran melakukan rawatan pada setiap malam dan hujung minggu untuk menyebarkan mukjizat Al-Quran ini sebagai penawar kepada segala menyakit. Selain dari memberi rawatan, ini adalah cara kami berdakwah sambil memberi rawatan kepada umat Islam supaya mereka mendekatkan lagi diri mereka kepada Al-Quran, dan membetulkan pesakit-pesakit yang selama ini menggunakan kaedah-kaedah yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam dalam menjalani rawatan. Dalam pada itu, kami juga memberi khidmat kaunselling dan nasihat kepada pesakit-pesakit.

Diantara sahabat-sahabat karib yang telah banyak membantu saya adalah yang seperti berikut:

1. Cikgu Syed Othman dan Cikgu Sharifah serta sekeluarga dari Kuala Terengganu yang menolong menguruskan cawangan di Kuala Ibai dam menyediakan tempat rawatan dan penginapan semasa kami membuat rawatan di Kuala Ibai, KT. Terima kasih kerana membina sebuah bilek khas untuk kami berubat. Sudah lebih 5 tahun Syifa' Al-Hidayah bertapak di Terengganu dan banyak pengalaman telah kami berdia melalui semasa membuat rawatan disana.

2. Pak Lim serta anak-anak (Ayu, Mujib, Muis, Amir, Ipa dan Amin) yang telah menolong menguruskan cawangan di Melaka dan menyediakan tempat rawatan dan penginapan semasa kami membuat rawatan di Telok Mas, Melaka. Anak-anak Pak Lim ini lah yang sibuk menguruskan nombor-nombor giliran, mengawasi giliran pesakit dan menolong menulis surah-surah untuk pesakit.

3. Dato' Zamzuri dan isteri serta anak mereka Amirul yang telah menolong menguruskan cawangan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan menyediakan tempat rawatan disana. Dato Zamzuri ini lah yang banyak memberi pertolongan dari segi mengedar nombor-nombor giliran, mengawasi giliran pesakit dan membantu menyediakan logistic semasa kami berubat disana.

4. Puan Juita Abang dan Dr. Wan Ali serta keluarga yang telah menolong kami menguruskan cawangan di Kuching, Sarawak dan menyediakan tempat rawatan dan penginapan semasa kami datang di Sarawak. Tanpa mereka berdua ini tidak bertapak lah Perubatan Syifa' Al-Hidayah di Bumi Kenyalang.

5. Tuan Syed Hamzah dan sekeluarga serta kakitangan Hotel Zuhrah yang telah menolong menguruskan cawangan di Sibu. Terima kasih atas semua layanan yang diberi dan masakan "ummai" Chef Sharifah is still the best we tasted .

6. Hj Ibrahim serta keluarga yang telah membantu menguruskan pembukaan cawangan di Kota Kinabalu, Sabah. Dengan pertolongan beliau, Syifa' Al-Hidayah telah bertapak di Kota Kinabalu.

7. Hj. Roslan dan Hajjah Hasiah yang telah memberikan kami kemudahan menggunakan kediaman mereka di Kota Kinabalu untuk kami membuat perubatan di sana.

8. Puan Salmah Sheikh Hassan dan sekeluarga yang telah membantu kami menumbuhkan cawangan di Tawau, Sabah.

9. Encik Fairul dan En. Hafidz dari Sandakan yang telah menjemput kami menubuhkan cawangan di Sandakan. Tidak terlintas dalam fikiran kami sebelum ini untuk kami membuka cawangan Syifa' Al-Hidayah di Sandakan, Sabah tanpa undangan dari Encik Fairul.

10. Sahabat saya Sheikh Tariq dan Sheikh Fareed Al-Maimani, terima kasih tidak terhingga kerana dengan pertolongan berdua ini, Perubatan Syifa' Al-Hidayah telah bertapak di Madinah Al-Munawarrah.

11. Ustadz Hj. Mohd Shukri bn Ali, Tuan Haji Yassin dan En. Yeop dari Istana Terengganu yang telah menolong menyediakan logistik semasa kami kami berubat di Terengganu.

12. Sheikh Majeed Al-Baadbad dan sekeluarga dari Jeddah.

13. Semua yang terlibat dalam pembikinan Program bersiri Syifa' Penawar di Astro Oasis termasuk Erland, Big, Encik Izelan Basar, Puan Nurjana dan ramai lagi.

14. Sahabat-sahabat yang lain seperti Cikgu Din dan Ustadz Hashim dari Langkawi, Mohd Azmi dan Dr. Wan Balqis dari Perlis. Mereka yang menolong saya semasa saya buka cawangan membuat rawatan di Kangar, Perlis dan Langkawi seketika dahulu.

15. Sahabat saya Zulhaidi Ahmad yang kekadang bersengkang mata sampai 2 atau 3 pagi meneman dan menolong saya menguruskan klinik saya di Klinik Gombak.

16. Adik angkat saya - Mohd Ashraf Muslim yang banyak membantu dan memahami saya dalam perubatan ini.

Saya amat menghargai jasa-jasa dan sokongan anda semua dan semoga Allah (SWT) memberi ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhirat di atas pertolongan yang diberi oleh anda semua.

Kepada adik angkat saya Mohd Ashraf Muslim yang juga menjadi partner saya dalam organisasi baru kami, syukur kepada Allah sebab telah memberi pedoman dan hidayah untuk mempelajari ilmu Allah ini dan bersabar kerana syaitan dan iblis akan sentiasa menghalang adik daripada mempelajari ilmu ini.

Cekalkan hati adik dan kuatkan iman adik dan selalu ingat akan keikhlasan hati apabila hendak menolong orang. Banyak bersabar menempuh dugaan didalam melakukan kerja fisabilillah ini. Abang berterima kasih kepada adik kerana banyak melapangkan masa datang ke klinik abang membantu abang mengubat pesakit sampai jam 3 atau 4 pagi. Adik adalah satu-satu nya pelapis untuk menyebarkan ilmu tuhan ini dan abang sangat bersyukur kepada Allah yang telah memilih adik untuk membantu abang.

We have shared many difficult moments together dan abang mahu adik bersabar, dan abang rasa adik sudah banyak mempelajari dan mendapat pengalaman dalam mengubati pesakit-pesakit. Abang admire your "coolness" dan sikap kesabaran adik which I need to learn from you. Abang tidak akan dapat lupakan masa kita buat unmrah bersama in the last Ramadhan 2009 and that is one umrah that abang will always cherish.

Untuk makluman pada 1 Januari 2011, klinik Perubatan Syifa' Al-Hidayah akan bertukar operasi dibawah organisasi baru iaitu

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH

Memandangkan permintaan dan temujanji pesakit yang sangat ramai, kami perlu menjalankan perubatan sepenuh masa. Dengan ini kami akan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan yang diberi bagi menampung kos pengendalian klinik dan sara hidup keluarga kami, memandangkan kami tidak lagi bekerja sepenuh masa seperti dahulu. Sebanyak 20% dari bayaran yuran perkhidmatan ini akan disalurkan kepada tabung dana pembinaan rumah anak yatim Nur Hidayah di Janda Baik.

Akhir sekali, kepada isteri saya Norma Muhammad dan putera puteri saya - Noor Alia, Noor Dayana, Adi Ikmal, Dani Aizat dan yang kecil dan manja sekali Dhiya Aiman, yang telah banyak berkorban, memberi sokongan dan memahami saya, mudah-mudahan apa yang kita sekeluarga lakukan ini memberi manafaat dan diperkira sebagai ibadah jua yang diberi ganjaran oleh Allah (SWT).

Ya Allah, Ya Tuhanku, KemuliaanMu lebih daripada mencukupi untuk memenuhi pelbagai ratapan. KeagunganMu dan ihsanMu lebih daripada memadai untuk mengampunkan dosa-dosa. Sempurnakanlah dakapan hidayahMu ya Allah. Berikan lah kami kesejahteraan, kekayaan, pemeliharaan dan kasih sayang Mu Ya Allah. Anugerahkanlah daku Ya Allah, Ya Tuhanku, kedua ibu bapa, keluargaku, sahabat-sahabatku dengan rahmat dan keberkatan, keampunan, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377

2 Januari 2011

1 comment:

  1. Aslmkm. Izinkan saya utk berkongsi keatas surah surah yg dinyatakan disini. Terima kasih.

    ReplyDelete